chereka:cherita:chenta:chonteng tu sampai bila-bila pun tak akan habis..

Calendar

January 2012
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Announce

rss Syndication

Jan142009

satu pagi rabu
pagi ni macam biasa aku singgah ANNEXE tuk sarapan sebelum masuk keje..pelayan kat ANNEXE tu nampak je aku da tau apa yang aku nak order..dan macam biasa dia datang bawak teh 0 suam dan 2 keping roti KOSONG yang memang jadi menu utama aku kat ANNEXE setiap pagi..

semalam gila penat..2 3 kali aku pegi kota raya...semata-mata nak cari farmasi..nak beli ubat tuk kurang sakit aku ni..tapi tak jumpa jugak farmasi tu.singgah kat watson ngan guardian...pun xde ubat yang aku nak cari..last2 aku balik semula ke tempat keje tanpa dapat apa yang aku nak..lebih tensen kepala aku makin sakit..

armas marah aku..kenapa tak g buat medical check up..dan macam biasa jawapan aku "nanti-nantilah dulu"..anem pun suruh buat benda yang sama..dan jawapan yang aku kasi sama jugak "nanti-nantilah dulu"..

armas masih lagi duk marah-marah..katanya da tau mata sakit masih lagi nak melukis..next month dia suruh aku check mata ngan kepala aku tu..dia pesan jangan buat benda-benda merapek lagi..walaupun dia marah-marah aku tau dia faham kenapa aku taknak buat medical check up..aku tau dia faham kenapa aku melukis walaupun mata aku ni tak benarkan aku untuk melukis lagi..aku tau dia faham semuanya..dan aku tau dia ambil berat sebenarnya..

esok aku ambil cuti..nak tolong armas kemas barang..dia mintak tumpang barang-barang dia kat umah..dan nak luangkan masa sikit ngan dia..masa-masa macam ni aku tau dia perlukan seseorang tuk ada ngan dia..dan biar aku jadi "seseorang" tu..sebab kat leher aku ngan dia tergantung satu tanda tentang janji-janji kami..

si kosong · 487 views · 0 comments
Jan072009

~satu hari tu,kat tempat tu~
satu hari tu
kat tempat tu
kita jumpa
kita cerita
tentang kita
tentang jiwa
yang penah diluka

satu hari tu
kat tempat tu
aku kata
aku janji
aku beri
kasih itu
sayang itu
cinta itu
untuk kamu saja

satu hari tu
kat tempat tu
aku janji
kau janji
dan kita janji
takkan pergi
jauh dari
sesama sendiri

tapi
satu hari tu
kat tempat tu
kita keliru
tentang janji-janji
dulu

7 Januari 2009
Central Market
7.38PM

si kosong · 327 views · 13 comments
Jan072009

~kisah malim kosong - bertemu si pari-pari~
ini ada satu cerita..
tentang skrip hidup yang bukan direka..
tentang malim "kosong" dan "pari-parinya"
yang akan diceritakan entah pedih atau gembira

cerita bermula di satu ketika..
waktu si malim sedang mencari siapa dirinya..
singgah melepas lelah di satu tempat yang tak dijangka
jumpa dia si pari-parinya..

dengan lembut si malim bertanya..
apa punca bermuram durja..
setelah dilihat akan bibir senyumnya
yang pahit tak semanis "gula"..

si pari-pari mula bercerita..
tentang kisah dia dan seorang jejaka..
yang meninggalkan dia di satu ketika..
yang membuatkan patah dan luka di jiwa..

si malim cuma mampu mendengar sahaja..
kerna ceritanya juga lebih kurang sama..
tentang hatinya yang pernah diluka..
oleh si gadis yang dia cinta..

jadi bermula lah satu cerita..
antara si malim dan pari-parinya..
yang telah dikira-kira..
tapi masih belum tahu apa sudahnya..

perjanjian dibuat antara mereka..
jadi sahabat sampai bila-bila..
wujud sayang dan cinta..
antara malim dan pari-parinya..

tapi cinta mereka terbatas cuma..
cinta antara sahabat sahaja..
tak terlintas untuk mahligai bahagia
kerana sedar siapa dirinya..

pengakhiran cerita hampir tiba..
bila si pari-pari kata dia sudah berpunya..
si malim kosong tersenyum bahagia..
melihat si pari-parinya sudah bahagia..

di penghujung satu cerita..
si malim sedar satu perkara..
terlalu lama singgah dia di tempat yang tak dijangka..
yang temukan dia dengan pari-parinya..
sedang perjalanannya masih jauh nun di hujung sana..

30 Disember
Central Market
12.15 PM

si kosong · 258 views · 7 comments
Jan062009

~chereka 4 Januari~
hurm..aku nak menulis sesuatu sebenarnya hari ni..tapi taktau nak menulis pasal apa..nak menulis pasal malam semalam tapi taktau nak mula dari mana..jadi aku putuskan hal malam semalam biar aku dia dan semalam je yang tau..
 
itu pasal malam..pasal petang sebelum malam takde apa yang menarik..semalam aku cuti..ingat nak lepak-lepak kat umah..petang tu idan mesej ajak makan nasi ayam bandar sri damansara..hurm,ok jugak..da lama tak makan nasi ayam kat situ dengan kawan-kawan..mesej jiha ajak ikut sekali..huh,kat sejam aku ngan idan tunggu dia..biasala pompuan bersiap..semua benda nak kena sempurna..padahal dia taktau nak makan kat depan tu je..hehe..bila semua da ready mula la sibuk nak makan kat mana..jiha ajak makan sate kajang..tapi kat r&r sungai buluh..hurm,aku ngan idan ok kan je..lagipun tak jauh dari rumah..kalau kat kajang jangan harap kitorang nak g redah..petang tu idan belanja..20 cucuk sate ayam,20 cucuk sate daging dan 20 cucuk sate perut..huh,melantak ke apa??heh,biasala bukan selalu dapat jumpa..jiha dengan fresh orange,idan limau ais dan aku macam biasa..masih lagi teruskan tradisi tea 0' ais tu..habis je makan aku da mula rancang nak g tengok wayang...mulanya pilih tengok kat jusco kepong je..tapi memandangkan da dekat ngan bandar utama jadi kitorang decide tengok kat cineleisure..jiha yang decide sebenarnya..huh,boleh dikatakan hari tu hari jiha..semua dia yang buat keputusan..

mula nak tengok citer histeria..tapi jam 10pm baru ada tayangan citer tu..jadi teruskan hasrat kedua,kitorang tengok citer bedtime stories..jam 7.20pm..sementara nak tunggu wayang start (ada lg satu jam) kitorang jalan-jalan dulu kat situ..da lama tak datang sini sejak "bsc bit a" da jadi legenda..sebelum tu seminggu sekali kitorang akan peruntukkan satu hari tuk keluar jalan-jalan samada tengok wayang,main bowling atau pusing-pusing je..

waktu jalan-jalan tu singgah jap beli 3 chocotop kat kiosk mcd..jiha belanja..lepak kat dataran cineleisure sambil makan aiskrim dan tengok gelagat manusia..

time tengok citer bedtime stories tu aku tak abes-abes gelak..gila klaka citer ni..biasala,da adam sandler yang berlakon..tapi dalam gelak-gelak tu kaki aku pedih jugak..sebab ada budak langgar kaki aku sampai tercabut kuku kaki aku..huh, berdarah jugak la..cuma darah tu darah beku,kat bahagian dalam..

abes movie dalam jam 9pm camtu..terus balik seb esoknya kena keje..huhu,rutin yang sama setiap hari..anta jiha balik dulu..jiha turun je dari keta maka mula la hidup dia yang lain untuk esok..idan anta aku..lepas aku turun tiba masa untuk cari jalan aku dan idan cari jalan dia..petang tu sangat seronok sebab jalan yang aku,idan dan jiha pilih lepas abes blaja bertembung sebelum bercabang balik dan buat kami bertiga bawak haluan masing-masing..

malam tu call cikgula-gula..biarkan apa yang dibualkan jadi cerita aku dan dia je..

4 JANUARI..hari yang menarik..ada gembira,ada sedih..ada cerita tapi belum habis penamatnya..

5 Januari,
Central Market..

p/s ; entry ni ditulis pada 5 Januari sehari selepas hari kejadian..cuma baru hari ni dapat post..

si kosong · 142 views · 6 comments
Jan052009

~ceritera si kosong 2 ; ketika sedar hakikat bertuahnya dia~
hari tu,saya tengok kat berita
cerita seorang peguam da pun menang bicara
terus aje saya ingat dekat awak
yang saya kira sedang berbahagia
dengan jalan yang da awak jumpa
bila bersendiri,saya selalu teringat
tentang cerita kita yang bahagia
dan tentang cerita kita yang tak disangka
masih awak ingat,akan "tempat" itu
yang da temukan kita?
takkan saya lupa kerna itulah mulanya
manis hidup saya bermula
terkadang saya senyum sendiri bila ingat
tentang "manjanya" saya melayan awak..
dan kawan-kawan gelak bila tengok saya
senyum sorang-sorang tak ubah macam orang gila..
dan saya biarkan aje..sb mereka tak paham
tentang saya..mereka tak faham tentang kita
seperti pesan awak,jika ada yang bertanya tentang kita
biarkan aje,kerna mereka tak mengerti siapa kita
dan "apa" sebenarnya kita..
awak masih ingat waktu kita mula berbisik
untuk jadi abang dan adik?
takkan saya lupa malam tu..
takkan dilupa saat yang membahagiakan tu..
tapi bila kenang balik buat saya gelak aje..
sebab saya abang dan awak adik
sedangkan hakikatnya awak lebih tua dari saya..
dan awak cakap,"awak abang sebab awak yang jaga saya.."
dan itu yang awak nak saya buat sampai akhir hidup kita
saya masih macam biasa..senyum aje,macam mula-mula
tapi..bukankah pernah saya bilangkan
andai kata muncul yang lain untuk jaga awak
dan yang lain tu lebih layak
maka biarkan saya pergi..
untuk tengok kebahagian awak,yang mana turut buat saya gembira..
dan bila sampai saat tu,biar saya pergi untuk tarik diri..
asalkan awak masih tersenyum dengan dia tanda gembira kat hati..
sebab saya tak nak awak tersepit kat tengah-tengah
antara dua orang yang sayangkan awak..
mana mungkin dia yang cintakan awak
sanggup terima lelaki lain yang awak sayang..?
dan bukan ke awak da panggil saya "abang"..?
jadi tugas saya buat awak senyum dan bahagia..
biarpun lepaskan awak tu akan buat saya derita
sebab itu satu-satunya jalan yang saya ada..
untuk tengok awak bahagia..
tapi,bila saya fikir dengan otak yang jarang saya guna
cara saya tu tak adil bagi awak,cikgula-gula
yang cuma nak disayang oleh orang yang awak sayang..
dan tindakan saya tu bermakna saya tak tepati
janji saya yang akan jaga awak sampai bila-bila..
dan saya taknak jadi orang yang ada dalam
kisah hidup awak sebagai orang yang
sebabkan air mata awak jatuh sekali lagi
sedangkan saya yang penah kesat air mata yang pernah awak jatuhkan
waktu tu..
awak ada cakap,awak taknak saya jadi jahat
sebab awak nak saya terus jadi baik
seperti mana saya masa mula-mula awak kenal..
dan awak kata,kalau nak jadi jahat sekalipun
jangan sekali-kali jadi jahat dengan awak..
dan awak ada pesan kat saya
"kalau hari-hari hidup awak suram aje
biar saya jadi serinya,sebab saya nak jadi
"cikgula-gula"  kat dalam hati awak..."
bila saya dengar tu semua..baru saya sedar
betapa bodohnya saya kerna cuba menidakkan  
sayang awak pada saya..
dan betapa beruntungnya kenal awak walau
jarang bersua muka..
sekarang baru saya sedar.
cerita "si kosong" dan "pari-parinya" masih belum habis
cerita " si kosong" dan "pari-parinya"
tak akan habis selagi DIA izinkan..
dan "si kosong" baru aje sedar dia tak keseorangan
waktu melukut kat tepi gantang..cuma yang lain
masih belum sampai..untuk teman dia yang sampai terlalu awal..
hidup dia sebenarnya tak pernah "kosong"..

...tammat...
(bersambung episod baru)

si kosong
24 DEC 2008
CENTRAL MARKET
20.07PM

si kosong · 155 views · 7 comments

1, 2, 3, 4, 5, 6  Next page